nurhidayahRazak
  • Utama
  • Refleksi
  • Tugasan
  • Biodata

REFLEKSI

.

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN : MINGGU 1

Saya Nur Hidayah Binti Razak merupakan pelajar tahun satu di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi sesi tahun 2015/2016.
Saya merupakan pelajar dari fakulti pendidikan dalam program Ijazah Sarjana Muda Sukan dan Rekreasi. Minggu ini adalah minggu pertama. Dr Fariza Binti Khalid selaku penyelaras menerangkan dan memberi pengenalan tentang kursus ini yang mana mengandungi cakupan topik-topik dalam kursus Komputer dalam Pendidikan dan senarai tugasan. 

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN : MINGGU 2

Picture

Pada minggu kedua dalamrsus komputer dalam pendidikan saya telah mengenali Dr.Siti Fatimah yang merupakan pensyarah bagi kursus komputer dalam pendidikan yang saya ambil.
Sepanjang pengajaran tersebut ,Dr.Siti Fatimah telah memberi banyak maklumat mengenai kursus yang kami ambil. 
Kami dikehendaki membentuk  kumpulan yang mengandungi tiga orang ahli untuk setiap kumpulan.
Kemudian, kami dikehendaki membuat satu alamat e-mail Gmail seperti gambar di bawah.














​
​

​Seterusnya, kami perlu membuat "signiture" terhadap e-mail Gmail yang telah kami cipta seperti gambar di bawah :


Picture

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN : MINGGU 3

Pada minggu ini kami dikehendaki mencipta satu akaun Weebly dengan menggunakan nama penuh dan e-mail Gmail yang telah dicipta dan seterusnya mencipta blog serta pages di Weebly sebagaimana gambar di bawah :
Picture
Dalam Weebly ini kami perlu bina beberapa ‘pages’:
  • Biodata diri (page)
  • E-Portfolio (page)
  • Refleksi kendiri (blog)
Seterusnya kami diberi tugasan secara individu tentang fungsi komputer sebagai ‘alat’, ‘guru’ dan ‘pelajar’.
​Gambar berikut adalah tugasan yang telah saya siapkan.
Picture
Picture
Picture
Sepanjang pengajaran ini saya dapat banyak input-input serta ilmu dalam pengkomputeran. Saya juga mendapati bahawa ilmu saya dalam bidang komputer sangat cetek dan ini memberi rangsangan serta dorongan kepada saya untuk mendalami ilmu dalam bidang komputer dengan lebih mendalam kerana saya mendapati bahawa ilmu pengkomputeran sangat menarik dan bermanfaat untuk dipelajari. :) 

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN : MINGGU 4

Minggu ini kami banyak menghabiskan masa menyiapkan kerja yang sepatutnya disiapkan dalam  minggu ke-3 .
Ini kerana kebanyakkan kumpulan dalam kelas kami termasuk kumpulan saya sendiri (Kumpulan 1) tidak dapat menggunakan Google Drive dengan cara yang betul cara yang betul dimana kami tidak dapat mencipta Folder yang mengandungi Fail di dalam Folder tersebut. 
Hasi daripada pembelajaran minggu ini saya dapat memahami dan mengetahui dengan lebih jelas cara bagaimana untuk mencipta Folder yang mengandungi Fail di dalam nya.
Beriku adalah langkah-langkah berdasarkan pemahaman saya..

Langkah 1 : 
 
Buka aplikasi Google Drive.
​Tekan butang "NEW" (No.1) dan pilih FOLDER bagi mencipta Folder baru seperti gambar di bawah :

Picture
Langkah 2:
​
Buka Folder yang baru dicipta.
Sebagaimana gambar di bawah saya telah mencipta satu Folder yang di letakkan nama sebagai "SR1 Kumpulan 1"
Kemudian buka Folder tersebut dan tekan butang "NEW"(No.2) dan pilih "Google Docs"
Picture
 Langkah 3:
Setelah anda pilih "Google Docs" hasilnya akan wujud satu file sebagaimana gambar di bawah
Picture
Langkah 4:

Tekan butang "SHARE"(No.4)
Langkah ini diperlukan sekiranya anda ingin berkongsi file yang anda cipta dengan rakan-rakan anda atau pensyarah.



​
Picture
Langkah 5 :

SELESAI :) 

*
Rakan-rakan atau pensyarah yang anda "add" e-mail mereka pada ruang "SHARE" akan dapat melihat file dan folder yang anda kongsikan


Setakat itu sahaja rumusan tentang pemahaman yang dapat saya pelajari pada minggu ini. ;)
​

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN : MINGGU 5

Pada minggu ini, kami dkehendaki mencari maklumat berkaitan tajuk yang diberikan oleh pensyarah tutor kami. Kami ditugaskan untuk mencari maklumat berkaitan kemahiran abad ke-21 ( 21 st Century Skills). Sesungguhnya mencari maklumat berkaitan Kemahiran Abad ke-21 amat mudah namun secara peribadi , untuk memahami erti sebenar apa yang dimaksudkan dengan "Kemahiran Abad Ke-21" amat susah dan saya perlu mengambil masa yang lama untuk memahami tentang tajuk ini. Hasil pencarian maklumat dan pembacaan , saya dapat memahami serba sedikit mengenai tajuk yang diberikan iaitu "Kemahiran Abad Ke-21". Sesungguhnya, tugasan untuk tajuk ini amat memberi manfaat kepada saya tentang apa tujuan dan matlamat dunia hari ini dalam aspek kemahiran bagi seseorang individu, masyarakat dan negara. Hasil pembelajaran ini, serba sedikit membantu saya untuk mencorakkan matlamat masa depan saya berlandaskan konsep Rangka Kemahiran Abad Ke-21.
Berikut adalah tugasan yang ke-3 yang telah disiapkan. 
tugasan3_kemahiranabadke2121stcenturyskills.docx
File Size: 187 kb
File Type: docx
Download File

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN : MINGGU 6

Kami dikehendaki membentangkan slaid yang berkaitan dengan tugasan minggu ke-4 iaitu "Learning Management System(LMS) and Course Management System(CMS)" dan slaid berkaitan tugasan tugasan minggu ke-5 iaitu "Kemahiran Abad Ke-21". Slaid yang dinina perlulah memenuhi Prinsip CASPER dan juga memenuhi kesesuaian teks,grafik dan warna. 
Berikut adalah hasil slaid dan file yang dapat kami hasilkan.

Berikut adalah file yang saya boleh kongsikan :)
tugasan_3-learning_management_system___course_management_system.pptx
File Size: 2267 kb
File Type: pptx
Download File

kemahiran_abad_ke_21.pptx
File Size: 414 kb
File Type: pptx
Download File

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN : MINGGU 7

Pada minggu ini kami diberikan tugasan untuk membuat satu kajian berpandukan maklumat yang telah kami perolehi pada minggu ke-5 iaitu Kemahiran Abad Ke-21 . Kami dikehendaki membincangakan tujuan dan objektif kajian mini yang akan dijalankan. Seterusnya kami perlu membina satu set soal selidik berkaitan tajuk yang diberikan. Pembinaan set soal selidik ini perlu dihasilkan menggunakan Google Form.
Gambar di bawah adalah proses pembinaan set soal selidik bagi kumpulan saya:
Picture

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN : MINGGU 8

​Pada minggu kami telah menghantar set soal selidik kami menggunakan Google Form yang mana kami menghantar menerusi e-mail pelajar-pelajar ukm. Kami perlu merujuk bahan di Internet tentang cara membuat analisis data dari soal selidik. Kami telah mendapat beberapa respon daripada beberapa orang pelajar. Kami mendapati bahawa penggunaan Google Form adalah lebih mudah dan menjimatkan masa daripada menggunakan cara lama.
borang_soal_selidik__responses_.xlsx
File Size: 6 kb
File Type: xlsx
Download File

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN : MINGGU 9

Minggu ini dikehendaki menyediakan laporan kajian mengikut gaya UKM.
Sebelum menjalankan kajian, kami diberi maklumat bagaimana untuk menjalankan kajian tersebut. Bagi kami proses hendak melaksanakan tugasan adalah berat kerana berdasarkan pengalaman ini amat rumit dan memakan masa. Namun semasa proses kajian dijalankan kami menggunakan cara yang berlainan daripada apa yang kami pernah lakukan dimana kami menggunakan Google Form untuk membina soalan dan menhantar terus borang kaji selidik kepada respondan. Kajian yang penah saya lakukan sebelumini agak rumit kerana hanya menggunakan kaedah manual. Seterusnya, kami mendapat respon secara terus daripada respondan dan kami tidak perlu membuat proses pengumpulan data atau sebagainya kerana aplikasi Google Sheet secara automatik mengumpulkan maklumat secara terus. Seterusny semasa proses membuat carta peratusan setiap soalan bagi saya amat memudahkan kami. 

Berikut adalah respon yang kami dapat menerusi Google Sheet secara terus/automatik:
Picture
responses_-borang_soal_selidik.xlsx
File Size: 9 kb
File Type: xlsx
Download File

Selepas mendapat maklum balas dari respondan kami menghasilkan laporan kajian kami:
laporansoalselidik.docx
File Size: 519 kb
File Type: docx
Download File

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN : MINGGU 10

Pada minggu ini kami dikehendaki membina 2 brosur berkaitan tajuk yang kami bincangkan pada tugasan ke 2. Satu brosur hendaklah dibina mengunakan Microsoft Publisher. Memandangkan tajuk kami pengisian agak banyak oleh itu kami telah sepakat untuk membahagikan tajuk dan sya memilih tajuk Kemahiran Abad ke 21 dalam skop Kemahiran Pembelajaran dan Inovasi.
Berikut adalah brosur yang saya bina.
Picture
brochure_komp.pub
File Size: 4258 kb
File Type: pub
Download File

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN : MINGGU 11

Minggu ini kami perlu berbincang mengenai story board dan skrip untuk menghasilkan satu video berdasarkan tajuk dalam Tugasan.
Kami berbincang untuk menggunakan aplikasi PowToon untuk menghasilkan video kami kali ini. 

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN : MINGGU 12

Berikut adalah gambaran bagaimna video kami dihasilkan.
Picture
Picture
Berikut adalah video yang telah kami hasilkan dan telah di publishkan di YouTube

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN : MINGGU 13

 
Video dalam pendidikan
  • Persembahan hasil pembinaan video dan refleksi
 
(TUGASAN 7)
 
 
Aktiviti berpasangan/berkumpulan:

  1. Pembentangan video hasil kerja setiap kumpulan
  2. Refleksi antara pelajar
  3. Tulis refleksi hasil pembelajaran minggu ini di ruangan refleksi di Weebly.
 

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN : MINGGU 14

Pada minggu ini kami diberi penerangan dan perbincangan tentang fungsi-fungsi Microsoft Excel dan Google Docs (Spreadsheet)
kami ditunjukkan dengan jelas bagaimana:
  • Memasukkan data
  • Pemformatan
  • Penyimpanan dan penutupan lembaran kerja
  • Formula dalam Excel / Spreadsheet, contoh: VLOOKUP, AVERAGE, COUNTIF
Kemudian kami dikehendaki memasukkan data dalam satu fail baru yang mengandungi markah pelajar bagi menilai pencapaian pelajar dalam sukan dan dikehendaki menggunakan formula untuk mengira jumlah markah keseluruhan serta penggredan markah individu.

Picture
Picture
tugasan8-nur_hidayah_binti_razak-_excel-basic_volleyball_skills_assessments.xlsx
File Size: 8 kb
File Type: xlsx
Download File

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Utama
  • Refleksi
  • Tugasan
  • Biodata